17 Februari 2019 - 10:35
Warga Yaman Kecam Pemimpin Arab Sebagai Pengkhianat

Beribu-ribu warga awam dilaporkan telah turun ke jalan raya di seluruh Yaman untuk mengecam usaha beberapa negara Arab menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Beribu-ribu warga awam dilaporkan telah turun ke jalan raya di seluruh Yaman untuk mengecam usaha beberapa negara Arab menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Tunjuk perasaan itu berlangsung di ibu negara Yaman, Sana'a, serta di wilayah barat Sa'ada, al-Hudeydah, Ta'izz, al-Jawf dan beberapa lokasi lain pada hari Ahad, lapor rangkaian televisyen al-Masirah.

Para peserta tunjuk perasaan secara khusus mengkritik persidangan yang diketuai oleh Amerika Syarikat di mana di dalam persidangan itu, beberapa pemimpin Arab bertemu dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. Persidangan itu berlangsung di ibukota Poland, Warsaw.

Banyak pemerhati Arab juga menafsirkan persidangan itu - di mana Netanyahu dan beberapa menteri luar Arab melaungkan slogan yang sama berhubung isu serantau - sebagai sebahagian daripada perancangan awal dalam usaha untuk menormalkan hubungan di antara Israel-Arab. -Press TV